Dalam
Perkara 153(2) walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini,
tetapi tertakluk kepada peruntukan pekara 40 dan peruntukan ini, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah
perlembagaan ini dan dibawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa
cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk
menentukan perezapan bagi orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri
Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan
Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada
perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan
lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau
lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan
Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau
perniagaan dan perezapan perin dan lesen itu adalah tertakluk kepada
peruntukan undang-undang itu dan pekara ini.
Perkara
153(3) memperuntukan mengikut fasal (2),perezepan bagi orang Melayu dan
Bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan
dalam perkhidmatan awam dan mengenai bisiswa,bantuan dan lain-lain
keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang
di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagai mana yang
dikehendaki bagi maksud itu
kepada mana-mana suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian 10 atau
kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggung jawab atas pelajaran
atau latihan atau kemudahan khas itu. Dan suruhanjaya atau latihan atau
kemudahan khas itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.
Perkara
153(4) pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan di
bawah undang-undang Persekutuan mengikut fasal (1) hingga (3) Yang
di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh
seseorang atau melucutkan biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan
pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas yang dinikmati oleh
orang itu.
Perkara 153(5) pekara ini tidaklah mengurangkan kuasa peruntukan pekara 136
Perkara
153(6) pula menyatakan jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan
apa-apa tred atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undang-undang
Persekutuan yang ada maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan
tugas-tugasnya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara atau
memberi apa-apa arahan am kepada
mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang
itu atas pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki
bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu
untuk orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak
berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.
Perkara
153(7) tiada apa-apa jua dalam perkara ini boleh berkuatkuasa untuk
melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,
keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang teraku kepada orang itu
atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu ataupun untuk memberi
kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui
sesuatu permit atau lesen atau memberi kuasa supaya enggan memberi
sesuatu permit atau lesen kepada
waris pengganti atau sesuatu penerima serahak seseorang itu pembaharuan
atau pemberian itu dijangka mUnasabah pada ghalibnya.
Perkara
153(8) walau apapun yang terkandung dalam pelembagaan ini,jika untuk
menjalankan sesuatu tred atau perniagaan sesuatu permit atau lesen
adalah dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan maka peruntukan boleh
dibuat oleh undang-undang itu bagi merezapkan suatu kadar mengenai permit
atau lesen itu untuk orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah
dan sarawak,tetapi tiada suatu undang-undang itu boleh,bagi maksud
menentukan perezaban itu :
(a)
Melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,
keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang itu
atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu.
(b)
Memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk
memperbaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya
enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris, pengganti atau
penerima serahak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut
peruntukan-peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,dijangka
munasabah pada ghalibnya, ataupun menahan seseorang daripada memindah
milik bersama dengan perniagaanya sesuatu lesen yang boleh dipindah milik bagi menjalankan perniagaan itu.
(c) Jika
dahulunya tiada dikehendaki apa-apa permit atau lesen bagi menjalankan
tred atau perniagaan itu, membari kuasa supaya enggan memberi sesuatu
permit atau lesen kepada seseorang bagi menjalankan sesuatu tred atau
perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bone fide sebelum sahaja
mula berkuat kuasa undang-undang itu, ataupun memberi kuasa supaya
ditolak kemudianya permintaan daripada mana-mana orang itu untuk
memperbaharui sesuatu permit atau lesen atau membari kuasa supaya enggan
memberi sesuatu permit atai lesen itu
kepada waris, pengganti atau penerima serahak mana-mana orang itu jika
mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu pembaharuan atau
pemberian itu dijangka munasabah pada ghalibnya.
Perkara
153(8A) walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,jika dalam
sesuatu universiti, maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi
pelajaran selepas daripada sijil pelajaran Malaysia atau yang setaraf
dengannya, bilangan tempat-tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa
yang bertanggungjawab atas pengelolaan universiti, maktab atau yayasan
pelajaran itu kepada calon-calon untuk sesuatu
kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang
berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi Yang di-Pertuan
Agong menurut perkara ini, memberi apa-apa arahan sebagaimana yang di
kehendaki kepada pihak berkuasa bagi menentukan perbezaan
sesuatu kadar daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan
bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak mengikut sebagaimana yang
difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu
hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.
Perkara
153(9) tiada apa-apa jua dalam pekara ini boleh memberi kuasa kepada
parlimen menyekat perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezepan
untuk orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak.
Perkara
153(9A) dalam perkara ini perbahasan ‘Bumiputera’ mengenai sesuatu
Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan
kepadanya dalam perkara 161A.
Perkara
153(10) perlembagaan bagi negeri yang Beraja boleh membuat
peruntukan-peruntukan yang bersamaan (dengan apa-apa pengubahsuaian yang
perlu) dengan peruntukan-peruntukan perkara ini.
No comments:
Post a Comment