Monday 2 February 2015

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Akhir sekali, kita juga perlu menghormati  hak dan kepentingan setiap golongan etnik seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

Sunday 1 February 2015

Ekonomi

Ekonomi

Perkara 153 wajar digunakan untuk mencapai tujuan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu yang wujud kerana dasar ekonomi penjajah. Faktor pembahagian kekayaan dan agihan
pendapatan yang tidak adil dan seimbang menjadi faktor utama yang mempengaruhi hubungan etnik. Contohnya, jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera adalah tinggi sebagai contoh RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding RM23 bagi orang Cina dan RM18 bagi orang India pada tahun 1970. Pemilikan kekayaan orang Melayu hanya (2.4%) dan bukan Melayu(34%) pada tahun 1970.


Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dalam kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan pendidikan. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil. 

Selain itu, kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus untuk orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu. IPT mengikut etnik yang dibenarkan ialah UiTM, UTAR dan Kolej Tafe. Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi dan biasiswa juga telah ditukarkan kepada PTPTN.



Kerakyatan

Kerakyatan

Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu Kerasionalan Perkara 153 Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara (undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai waraganegara). Di samping itu, hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini dilaksanakan dengan cara tidak menindas kaum-kaum lain.














Hak-hak tanah rizab orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

Melayu
 

Ditakrifkan sebagai seseorang yang fasih bertutur dalam bahasa melayu, menganut agama islam serta mengamalkan adat istiadat melayu.

Sarawak
 





Terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Melayu, Malanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.






Sabah

Anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan Sabah.










Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang melyu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, dalam perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab YDA untuk menentukan rezab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan dulu. Namun layanan yang adil mesti diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yang lain.

Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160).

Dalam Perkara 153(2) walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan pekara 40 dan peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan dibawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan dan perezapan perin dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan pekara ini.

Perkara 153(3) memperuntukan mengikut fasal (2),perezepan bagi orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai bisiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagai mana yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggung jawab atas pelajaran atau latihan atau kemudahan khas itu. Dan suruhanjaya atau latihan atau kemudahan khas itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.

Perkara 153(4) pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang atau melucutkan biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas yang dinikmati oleh orang itu.

Perkara 153(5) pekara ini tidaklah mengurangkan kuasa peruntukan pekara 136

Perkara 153(6) pula menyatakan jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan apa-apa tred atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan yang ada maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan tugas-tugasnya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara atau memberi apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang itu atas pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu untuk orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.


Perkara 153(7) tiada apa-apa jua dalam perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang teraku kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu ataupun untuk memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris pengganti atau sesuatu penerima serahak seseorang itu pembaharuan atau pemberian itu dijangka mUnasabah pada ghalibnya.

Perkara 153(8) walau apapun yang terkandung dalam pelembagaan ini,jika untuk menjalankan sesuatu tred atau perniagaan sesuatu permit atau lesen adalah dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan maka peruntukan boleh dibuat oleh undang-undang itu bagi merezapkan suatu kadar mengenai permit atau lesen itu untuk orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah dan sarawak,tetapi tiada suatu undang-undang itu boleh,bagi maksud menentukan perezaban itu :

(a) Melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu.

(b) Memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serahak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan-peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,dijangka munasabah pada ghalibnya, ataupun menahan seseorang daripada memindah milik bersama dengan perniagaanya sesuatu lesen yang boleh dipindah milik bagi menjalankan perniagaan itu.

(c) Jika dahulunya tiada dikehendaki apa-apa permit atau lesen bagi menjalankan tred atau perniagaan itu, membari kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada seseorang bagi menjalankan sesuatu tred atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bone fide sebelum sahaja mula berkuat kuasa undang-undang itu, ataupun memberi kuasa supaya ditolak kemudianya permintaan daripada mana-mana orang itu untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen atau membari kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atai lesen itu kepada waris, pengganti atau penerima serahak mana-mana orang itu jika mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu pembaharuan atau pemberian itu dijangka munasabah pada ghalibnya.

Perkara 153(8A) walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,jika dalam sesuatu universiti, maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran selepas daripada sijil pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat-tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pengelolaan universiti, maktab atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon untuk sesuatu kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut perkara ini, memberi apa-apa arahan sebagaimana yang di kehendaki kepada pihak berkuasa bagi menentukan perbezaan sesuatu kadar daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak mengikut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.

Perkara 153(9) tiada apa-apa jua dalam pekara ini boleh memberi kuasa kepada parlimen menyekat perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezepan untuk orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 153(9A) dalam perkara ini perbahasan ‘Bumiputera’ mengenai sesuatu Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perkara 161A.
Perkara 153(10) perlembagaan bagi negeri yang Beraja boleh membuat peruntukan-peruntukan yang bersamaan (dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu) dengan peruntukan-peruntukan perkara ini.



Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami.  Di sini  kami ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua mengenai  Hak-hak Istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Antaranya, kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia. Selain itu, hak bumiputera dan kaum lain diimbangi dengan peruntukan yang diberikan.